Ahad, 3 Julai 2011

::Andai Sakit Bisa Bicara::


Andai sakit memberi kabar…
Maka sehat ini akan menyiapkan sepiring nasi dan lauk-pauk yang lengkap
Andai sakit memberi kabar…
Maka sehat ini akan menyiapkan segelas air dan sekeranjang buah yang segar
Andai sakit memberi kabar…
Maka sehat ini akan menyiapkan sebutir obat yang mujarab
Andai sakit memberi kabar..
Maka sehat ini akan mencari rumah sakit terbaik dan dokter terbaik
Andai sakit memberi kabar…
Maka sehat ini akan menyiapkan tempat tidur terbaik yang tebal dan empuk

Andai sakit memberi kabar…
Maka undangan akan cepat meyebar agar semua berdo’a menghalau kedatangannya
Andai sakit memberi kabar…
Maka akan kuselesaikan semua masalah dengan segera agar tak menjadi beban fikiran ketika peyembuhan
Andai sakit memberi kabar..
Maka akan kuhabiskan waktu sehat bersama orang-orang terdekat
Andai sakit memberi kabar..
Maka akan kubuat jadwal besuk agar tidurku tetap nyenyak di kasur yang empuk
Andai sakitmemberi kabar…
Maka akan aku hubungi semua orang agar mengunjungi dan tetap peduli
Andai sakit memberi kabar…
Maka aku akan banyak makan agar berat badan tidak turun terus-terusan

Tapi sakit ini datang dengan tiba-tiba
Akhirnya tubuh tidak kuasa
Kadang sesal menghampiri tapi harus dihadapi
Hati sungguh bahagia
Ketika semua orang membantu dengan segera
Syukurlah semua mengunjungi sampai sakit ini pergi
Alhamdulillah
Terima kasih semua…

karya:
Jamaludin Elsobry
Ciledug, 4 April 2009



sungguh!!...hati sunggguh terkesan saat bila membaca untaian-untaian kata di atas...
dan sungguh..andai kata sakit itu dapat berkata-kata..maka sudah tentu kita sibuk membuat persiapan untuk menyambut kedatanggannya..mungkin juga untuk menghalangnya dari bertandang...lebih-lebih lagi hal yang memang sudah menjadi kepastian kepada manusia,iaitu kematian....::buatlah apa saja yang anda mahu,andai anda tahu untuk apa dan kerana siapa..dan mati itu pasti::

Sabtu, 18 Jun 2011

::bahasa itu indah::

......SEMUA JANGAN......
alkisah.....

Idrus baru berkahwin dengan Susila.Dua minggu selepas majlis perkahwinan,mereka berdua pulang ke kamung Susila di Tanjung Karang, Selangor…
Susila: Kenapa Abang ni?Tak sihat ke?
Idrus: Tak de apa-apa…kenapa?
Susila: Ya lah,Ayang tengok Abang tak de selera je …
Idrus: Siapa kata tak de selera?..hehehe..
Susila: Ayang tengok Abang macam tak larat makan je…
Idrus: Ooo..masa makan tadi ke..? dah tak ada lauk yang boleh dimakan,macam mana nak ada selera ?
Susila: Tak ada lauk? kan banyak lauk mak masak tu. Mak seronok sangat kita balik ni, maklumlah baru dapat tengok betul-betul menantunya. masa kahwin dua minggu lepas, kita tidur sini semalam aje.
Idrus: ha! yang itu bukan salah abang,…sayang yang tak dapat cuti lama kan?! Dapat semalam di Kelantan dan semalam di sini…itu aje. Apalah jenis bos ayang tu.cuti kahwin pun bagi tiga hari je…
Susila: Alaa….bukan salah dia,tetiba aje kerja banyak masuk dan kena siapkan cepat.Lepas tu ada pula seorang staf ni kena strok pulak, tu yang jadi kelam kabut…
Idrus: iye lah tu…
Susila: Abis tu abang makan ikan goreng aje tadi kenapa?! Kecil hati mak tau! Penat dia masak macam-macam lauk nak jamu menantu sulungnya.Tapi langsung tak sentuh…telur dadar je yang abang makan!!

Idrus: memang banyak lauk mak hidang tadi. Nampak semuanya sedap. Tapi kan ke dia yang tak bagi abang makan tadi?!
Susila: Mak tak bagi makan?!
Idrus:Haa..tak dengar ke tadi?!
Susila: Tak ada dengar pun..bila masa dia larang abang makan?
Idrus: masa nak makan tu la…
Susila: Kan ke dia beria-ria pelawa abang makan. sampai duduk sebelah lagi.
Idrus: memang la dia duduk sebelah dan siap tunjuklauk-lauk tu, tapi..dia tak bagi makan!!
Susila: tak bagi?!
Idrus: Ha la..dia duduk sebelah dan tunjuk kat lauk tu dan cakap …ni jangan, ni jangan, tu jangan…yang dia tak tunjuk telur dadar je.maknanya dia tak bagilah makan lauk-lauk lain tu, kecuali telur dadar je!!
Susila: Laa…sebab mak cakap jangan tu la yang abang tak makan lauk-lauk tu ye?! kih kih kih….
idrus: Eh! kenapa mengekek lak ni? apa yang lucunya?!
Susila: Apa pulak yang tak lucunya?! memang lucu le…sekarang ayang tau le sebab apa abang tak selera makan..hehehe..
Idrus: Tengoklah tu…bukannya simpati, tap ketawa pulak!huhh!!
Susila: Hehehe..sebenarnya abang salah faham..mak bukan larang makan, tapi sebenarnya dia dia beritahu nama lauk tu..
Idrus: Nama lauk?
Susila: ha’ah..nama lauk..jangan tu maknanya lauk…dia cakap jangan iwak..maknanya gulai ikan,jangan asem maknanya gulai asam,jangan bening…
Idrus:Oooo…nama lauk ke?!ingatkan dia larang makan lauk tu.Hehehe..sekarang abang boleh makan le yek? Eh! tetiba abang rasa lapar sangat la pulak..
Susila:hehe..yok madang!!
Idrus: Hah!! ..apa pulak tu?
Susila: Dah jadi menantu orang jawa..kenalah belajar bahasa jawa.hehehh

..Ketika saya sedang membantu emak dan kakak di dapur..mata saya tertumpu kepada petikan akhbar lama di laman 'MEWAH BAHASA'..ia dikendalikan oleh prof Madya Dr Nor Hisham Osman..laman ini juga merupakan antara laman favorite saya di akhbar berita harian yang mana ia disiarkan setiap hari rabu..x salah mempelajari bahasa atau loghat negeri lain..malah ia membantu kita dalam banyak perkara sebenarnya...:)
~~NUUR HASNI~~

Jumaat, 10 Jun 2011

::kerana dirimu begitu berharga::

adab terhadap diri sendiri

1)menjaga kebersihan secra menyeluruh dengan cara mandi dan menyucikan diri.
2)mamotong kuku tangan dan kaki pada setiap minggu.kuku panjang dikhuatiri tersimpan najis.
3)mengutamakan bahagian kanan.didahulukan bahagian kanan dalam melakukan segala amalan yang mulia seperti mandi,berwudhuk,memakai pakaian dan sebagainya.
4)mengalihkan wajah ketika bersin bagi mengelak terkena daripada orang lain,makanan serta minuman.
5)memuji Allah sesudah bersin
6)mengingatkan Allah dan bersyukur kepadaNya ketika melihat wajah di cermin.
7)membiasakan diri dengan amal soleh seperti beribadah,berzikir,berselawat,bersedekah,solat sunat dan seumpamanya.
8)tidak melakukan sesuatu yang sia-sia.selalu memperbaiki diri sendiri dan berusaha memperbaikinya.
...bukan hanya amalan-amalan di atas sahaja..tetapi segala perkara atau perbuatan yang selari dan bertepatan dengan apa yang digariskan dalam al-quran dan sunnah nabi muhammad SAW...::pesan untuk diri::

Khamis, 9 Jun 2011

::d0a dan harapan::

Setiap hari..setiap pagi...bangkit dari tidur..untuk meneruskan hari-hari depan...hanya satu sahaja yang tersemat dalam hati saya...dan ia tak pernah berganjak..lafaz yang sama...kalimah yang sama..perkataan yang sama..bait yang sama..dalam satu rasa..
setiap hari saya berharap harapan itu akan menjadi kenyataan..setiap hari saya melafazkan bait yang sama dalam d0a-d0a saya..saya tak ingin tewas dalam dunia yang saya ciptakan sendiri...tapi saya sedar harapan saya untuk itu seakan-akan sirna..
Dan saya juga merasa gusar untuk menempuh hari-hari depan saya..saya risau untuk meneruskan tugas yang telah diamanahkan kepada saya..lantaran peristiwa lalu kerap mengganggu fikiran saya...
kiranya temp0h tiga bulan ini tidak mampu memulihkan keadaan...saya kira saya harus membuat sesuatu agar saya dapat melupakan kisah tersebut..
...::mungkin ia kelihatan biasa...tapi ia sebenarnya telah mencapai ke suatu tahap yang amat parah::
....akhirnya..saya terpaksa mengakui..kisah itu benar-benar menghantui kehidupan saya...
..saya tidak pasti sampai bila...tidak pasti sampai ketika mana ia akan berakhir...saya telah letih menghadapi semua ini...saya penat melalui semua ini...!!!..Allahu Akbar..!!

Sabtu, 14 Mei 2011

:12 mei 2011::

hmm...tanggal 12 mei 2011..usai menjawab pepriksaan akhir bagi kertas FAM...terus sy bangun menerpa ke pintu keluar tanpa menoleh ke belakang lagi...tanpa menoleh wajah yang selalu menjadi pendorong kehidupan sy di uni tercinta ini..kerana sy sudah tidak sanggup lagi mencipta kenangan baru..cukuplah setakat empat semester yang lalu...


m0ga ALLAH telah sediakan ibrah yang terbaik buat sy atas segala apa yang berlaku empat semester yang lalu....~~

Jumaat, 6 Mei 2011

::jIkA ku tAk baNguN es0k pAgi::




jika ku tak bangun es0k pagi
kawanku kau jagalah diri
sentiasa ingatkan hati
dirimu amat ku sayangi

andainya dihimpit kesusahan
sujud dan mmohon pada tuhan
agar diberikan bimbingan
meniti hidup bersendirian

bila terasa sejuk pejamkan mata
bayangkan kenangan bersamaku
bila terasa rindu pejamkan mata
kita bersua dalam lena

kalau ada yang sudi mengganti
kawan lepaskanlah ku pergi
kerna kawan seistimewamu
berhak disayang dalam hidup

kawan tiada apa yang kekal
tapi yang pasti
walau ku tiada nanti
sayangku akan kekal abadi

ku berharap kau tak akan lupa
mengirimkan bekalan doa
kita jumpa lagi di sana nanti
jiku tak bangan esok pagi...




tatkala sibuk mengemas meja tulis sebelum memulakan sesi study pada suatu malam...mataku tertumpu pada sehelai kertas panjang ..tertera di helain itu..'jika ku tak bangun esok pagi'..tiba2 teringat kepada sahabat2 palapesku yg sudah bberapa mingggu agaknya kita tidak berkumpul beramai2...selepas roll call rabu terakhir sebelum minggu study week..kembali kepada apa yang tertulis di kertas itu, sebenarnya kertas itu adalah pemberian sahabat2 semasa ladies night yg diadakan di bilik salah 4 org bilik kawan kami...azimah bukhari(ema)..shairah shafie(jiera)..shahida shahidi(shida)..dan nazirah azmi(iera)..ladies night ni diadakan bertujuan utk berkongsi ..berceritera...bergelak tawa..berpesan2 dan semestinya ada sesi yg paling penting adalah sesi makan2..yg pasti sejak sy menyertai palapes...dan selepas dua kali kita mengharungi liku2 hidup di hutan selama semingggu...sanagt2 terkenang saat itu...kdg2 tersenyum sorg2 bila teringt kisah kita tu kan kawan2..??dan sudah semestinya latihan fasa mean zaman inter lebih mencabar berbanding zaman kita junior dulu..mmg x leh nk lupa la...saat kita trun kt kawasan berkumpul..saat kita mara ramai2...saat kita beratur utk amik makn ramai2..malam pertama di ladang sawit(w/pon da pernah rasa time junior tp dalam keadaan diuji smuanya..) saat kita di marahi oleh para penguji..dan yg x leh lupa..kepala aku kena ketuk dengan m-16..ya ALLAH..hanya tuhan yg tau betapa peritnya kepala ak masa tu...nasib bek ade helmet nato yg melindungi kepalaku..ni semua gara2 tertido semasa tinjauan di jalankan..tp ak bersyukur sbb x de efek la sgt..berbanding kawan2 aku yg len.. misalnya yg mengalami kecedaraan di mulut..ade yg kena ketuk kepala tnpa sebarang apa2 di atas kepala...haduii..ini semua disebabkan oleh 'MENGANTUK'.....huhuhu...pstu teringat lg masa kita diberi rehat sehari semata2 untuk
buat model serangan...punya la penat kite wat..last2 hujan trun..akibat semua da x de mood ..da letih.. macam wat tak tau je...dengan model tu..kita semu masuk dalam model tu...apa lagi...tuan peter kesayangan kita terus mengamuk...aku yg x masuk dlm model sketch tu pon terkena sekali ...apa lagi biasa la tuan peter dgn kayunya..free2 ja ak dapat..hahaha....dan dalam hujan tu jugak..kami dimarahi..kami diguling..digolek..."KIRI GOLEK..KANAN GOLEK..KIRI GOLEK..KANAN GOLEK..'..masa tu..ak rasa mcm da x de perasaan je wt bnde cm gtu...dgn kamera2 yg tgh menangkap gmbaq2 kami..kami dgn tekun menjalankan denda yg dihukum kan kepada kami...setelah petang berlalu..kami pula disuruh menjalankan latihan serangan beberapa kali di kawasan berdekatan sebelum diberi peluang terjun ke dalam sungai berdekatan...yuhuu...seronok sgt..hlang segala tension...dan macam lagi kisah kami di hutan..x dapat nk digambarkan perasaaan tu sebenarnya...nk menangis pon ade gak..tapi 'nak 'je laaa..x nangis pon...heheh...sememangnya kenangan mengenali kamu semua dan saat bersama kamu semua x dapat di beli dibeli dengan wang ringgit...seronok sgt..bila sy dapat memiliki kawan2 yg berlainan kos dengan sy..contohnya...sarah dan ida dr fak sastera..shida,ema, iera dan pak ya dr APM..sandy,zana dr fak sains..dr alam bina,,dan dr semua pelosok negeri..dan dari pelbagai agama...laura..kak long..yoew..eton..sy syg kamu semua...:)...x ketinggalan juga utk mereka yg dr serumpun dgn saya,..dr API tercinta....x jangka sy akan memiliki kawan seramai ini...sekarang kita berjaya melepasi peritnye bergelar inter..dan thn depan kalau masih dipanjangkan usia ...insyaALLAH,..kita akan bergelar senior pula..moga kita dapat manjlankan t/jawab sebagai senior dgn begitu baik sekali..w/pon hakikatnya mmmmg payah..huhu....utk akhirnya..terima kasih utk korg yg selalu bg sy support...x kira sapa2 je...korg mmg bestt..intake 31 mmg terbaekkkk w/pon org selalu kata kita lopong..tp hanya kita je yg tau..betapa susahnye utk menjaga intake kita ni kan..??org len hanya pandai bicara..hakikatnya..intake kita mmg terbaek.....!!!!...





Ahad, 1 Mei 2011

'You Took My Heart Away'

Staring at the moon so blue
Turning all my thoughts to you
I was without hope or dream
Try to dull an inner scream
But you . . . saw me through . . .

Walking on a path of air
See your faces everywhere
As you melt this heart of stone
You take my hand to guide me home and now I’m in love

You took my heart away
When my whole world was grey
You gave me everything and a little bit more
And when it’s cold at night
And you sleep by my side
You become the meaning of my life . . .

Living in a world so cold
You were there to warm my soul
You came to mend a broken heart
You gave my life a brand new start
And now . . . I ’m in love

You took my heart away
When my whole world was grey
You gave me everything and a little bit more
And when it’s cold at night
And you sleep by my side
You become the meaning of my life . . .

Holding your hands
I won’t fear tomorrow
Here where we stand
We never be alone

You took my heart away
When my whole world was grey
You gave me everything and a little bit more
And when it’s cold at night
And you sleep by my side
You become the meaning of my life . . .
You become the meaning of my life . . .
You become the meaning
You become the meaning of my life . . .

'you took My Heart away'
..Moga cerita lalu tak mengesankan sedikit pun di atma hati ini..

Ahad, 24 April 2011

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2011

23 April 2011.
alhamdulillah...sekali lagi berpeluang mengikuti PBAKL'11 yang berlangsung di PWTC setelah kali pertama mengikutinya pada tahun pertama berada di universiti perdana ini.
Cuma yang membezakannya adalah kali ini kepergian kami bertiga (seperti biasa..naimah serta najihah) bersama dengan persatuan mahasiswa kelantan(PMK)..sebelum ini kami menaiki pengangkutan awam untuk ke sana...tapi orang yg menemani sy ke sana ..maintain ..tetap sama..hehe...thnx a lot yaa najihah n naimah...:)..
kesempatan masa yang diberikanNya kepada kami tdk dilepaskan begitu saja..dari satu booth ke satu booth kami jelajahi...sebut ja apa genre buku..semua kami singgah..hehe..
akidah..falsafah...tasawuf..sejarah..buku masak-memasak..perkahwinan..puisi..sajak..gurindam..novel..kanak-kanak..macam-macam kami belek..beli..??..sat naa..hehe..kite belek2 dulu..
walaupun banyak booth yg kami kunjungi..hati sy tetap juga mahu pergi ke booth yg bernombor 26...booth yg menjual kitab2 arab...bnyk kitab2 yg selalu kami pelajari dan di 'suggest'kan oleh ustaz dan pensyarah di booth tersebut..seperti al-luma'..minhaajul aa'bidin..aqidatun najin..kitab2 berkaitan ngn syiah..dan banyak..banyak..dan banyak lagi yang kami terjah semalam..hehehe..opss..lupa pulak semasa sedang membelek-belek kitab..terserempak pula dengan tutor di jabatan..Ustaz Sobri..yg memnag khusyuk membaca kitab-kitab di situ..
Setelah beberapa jam berada di sana...dan setelah mengisi perut yg dr pagi kelapran..dan satu buku masih tiada di tgn...kami mengambil keputusan itk ke booth PTS..woowwwww...x terkataaaa....ramai beno manusia kt sana..teman terus di serang virus sakit kepala..huhu...dan hasilnya..sy dan najihah mengambil keputusan untuk membeli buku di situ..Alhamdulillah..dapat juga dua buah buku yg istimewa bg sy...iaitu novel sejarah Islam..Sultan Muhammad Al-Fateh(penakluk Konstantinopel) karya pengarang tersohor saat ini..Abdul Latip Talib serta sebuah lagi buku yg bertajuk Travelog Iran (menyingkap misteri bumi Ahmadinejad)..karya Dina Sulaiman..
moga2 karya bermanfaat itu memberi suntikan semangat kepada sy utk terus berjuang dalam bidang yg sy sedang ceburi dan utk masa akan datang....Wallahu A'lam...:)










::Perjalanan Sebuah Kenangan::

Jumaat, 22 April 2011

Perjalanan Sebuah Kenangan

Alhamdulillah..hanya itu sahaja yang ingin lafazkan setelah selesainya Bengkel Pemantapan Akidah dan Sahsiah 2010/2011. Tercapai hajat ingin menghadiri hari keluarga JAPI setelah ketinggalan semasa tahun pertama di sini. Setelah beberapa tarikh ditunda..setelah beberapa kali tentatif diubah..setelah beberapa kali meeting bersama ketua jabatan diadakan..setelah beberapa ..dan setelah beberapa...huhh..akhirnya sampai juga kami semua ke Hotel Permaisuri yang berlokasi di Port Dickson. Tempatnye kelihatan menarik dan sudah tentu berbaloi dengan bayaran yang kami laburkan ..hehe..




Perjalanan selama hampir 2 jam lebih mungkin ..amat tidak membosankan kerana ada sahaja isu yang mereka bawakan untuk menjadi bahan gelakan bersama..asyik gelak ja keja..terutama seat2 di bahagian belakang..ce nk pejam mata cket...ada saja suara yg dok mengganggu kt belakang..jawabnye x tidolah kami ni dalam perjalanan ke sana.
Setelah beberapa jam perjalanan, akhirnya sampai juga kami ke lokasi yang di tuju...



Pada malamnya diteruskan lagi dengan majlis perasmian yg dirasmikan oleh ketua jabatan akidah sendiri iaitu Dr Fauzi Hamat.Terdapat juga sesi khas bersama Ustaz Wan Adli yg baru sahaja menamtkan pengajiannya di oversea. Dalam slot tersebut ustaz dli berkongsi pengalamannya semasa belajar di sana.
Ketika malam hampir melabuhkan tirainya kami masih lagi berada di dewan Camar 2 utk persiapan slot bersama Dr Che Zarrina untuk latihan persembahan darupada kelas psikospritual iaitu slot muhasabah diri.
demi menyiapkan sebuah sajak utk dipersemabahkan pada eesokannya ..sy dan najihah sanggup mengerah otak selesai shj balik ke bilik hingga hampir ke jam 4 pagi..setelah perkataan perkataan bertukar ganti..setelah ayat bertukar ayat..setelah nada bertukar nada...dan setelah beberapa jam kami berpuitis dan berseni...dapat juga kami sempurnakan 4 rangkap puisi...dan puisi itu kami biar tak berpenutup ..huhh..mata sy sudah x mampu nak bukak lagi..akhirnya tertido di ruang tamu untuk seketika waktu...dahsyat btul penangan puisi..huhu...akibat puisi sy terbangun dlm jam 6.30 pagi ..dan hasil drpd itu juga..slot Dr.Faizuri yang diadakan pada waktu subuh juga terpaksa ditangguhkan kpd slot pd pagi tersebut..dan pada tengah hari sabtu tersebut..tiba juga slot yang membuatkan kami berdebar2 sampai rasa nak demam..ketaq2 je rasa..hehe..tmbahan pula..bukan sahaja pelajar yg menonton gelagat kami..malahan pensyarah juga...huhhh ..sapa yg x gementaq..ofkos la kan...hmm..tbe giliran kami untuk mengalunkan sajak yg berjudul keinsafan yg bru disempurnakan penutupnya pada pagi tersebut..x tau nk kata apa dahh..pasrah je la...sebab 1st time baca sajak depan org ramai..x penah2 sebelum ni...huhu...ble nk strt je..ustaz basri da amik port dia sbg jurukamera...hadoii..malu bena teman..tgn kiri yg digunakan utk memegang kertas tak henti2 bergerak...da nasihat kt tgn tu spy berhenti bgrak..tapi tgn tu mmg degil..terketaq-ketaq tgn ambe masa sajak dibacakan..malu2...tp x pe..sekurang2nya..sy mencuba sesuatu yg baru dalam bengkel ini..btul tidak..??hehe..
setelah selesai slot tersebut..ada sesi bergambar bersama dengan pensyarah kesayangan kami semua...dan inilah gambau2nye...nahhh..lihatlah...:)











Pada waktu petang..bermulalah slot yang bakal menggembirakan..meriuhrendahkan..dan yang sewaktu dengannya..setelah peserta berada dalam group masing2..sy diletakkan dalam kumpulan bersama dgn ayahanda ustaz Kamil..taufik senior..famie yg senget..Solace junior yg cun..serta suami kak linda (p.A) di jbtan kami..dan bermulalah perjuangan demi merebut gelaran juara segala juara..hehe...ketika pertandiangn belum dimulakan..masing2 peserta cbuk meng'psiko'peserta2 yg len..memang mantap gak psiko yg diorg gunakan..x kurg jugak jiran sebelah kami iaitu kumpulan 6..ade sorg budak tu..mmg nk kna gamaknye la kan..asyik nk wt org tacing je keje..huhh.. xpuas ati btoll..tp akk tahu..kamu hanya bergurau untuk menceriakan keadaan...tq akk ucapkan..huhu..beberapa acara telah dipertandingkan seperti terompah gergasi yang amat melucukan...bawa botol ata dulang sambil berjalan bertentangan arah..bwk bola pingpong dgn kayu chopstick (btntgn arah) baling2 belon berisi air..seta boling kelapa...yang pasti masing2 telah menunjukkan skill masing2 dalam merebut gelaran juara..tapi yg palg penting sekali..menang atau kalah itu belakang kira..yg penting 'rasa' kebersamaan yg kita bwakan dalam setiap program dan slot yg dijalan kan oleh pihak penganjur itulah yg akan memberikan kenangan yang paling indah buat kita semua..







Setelah selesai slot sukaneka..tbe juga masa yg palin dinantikan oleh semua..acara main2..mandi2..dan simbah2 air pantai..huhu...pada mulanya sy..kak iklima..serta najihah hanya berniat untuk berjalan2 di tepi pantai..namun setelah beberapa percubaan serta konspirasi yg dilakukan oleh kak linda serta kak sarah..akhirnya badan kami termasuk jua kedalam air laut yg sgt masin itu..huhh...tapi kalo da masuk dalam ayaq tu..bukannya igt nak kuar pun..huhu..makin lama makin syok pula rasa dok bergurau senda dlm ayaq masin nak mampuih tu..sepanjang hidup..rasanya tu la ayaq laut yg plg masin yg pernah masuk dlm mulut teman...memang menjadi kenanagn indah sangat bila dapat bergurau senda denan pensyarah dan kakak RA jabatan..huhu..diorg mmg sporting sgt...masih terkenang2 lagi saat tu...:)..
lepas abes main2 ayaq laut..p smbung mndi kolam ulak dah...uihh...memang bez sangat2 la haa..semua pakat dok berendam dalam kolam nk dekat sejam la kot gamaknye..mantap lahh....memang mantap sgt..hehe..tapi tak kisah la kan berapa lama pon berendam..sala dpt release tension..maklumlah kan..sebelum p PD..da submit seua esaimen yg bertimbun2 dlm masa satu hari..huhu...ni la masa nk bals dendam haa...:P


Itu sahaja nampaknya yang sy ingin ceritakan...tp ade bnyk lagi kenangan yg belum diluahkan disini..Perjalanan Sebuah Kenangan 2 akan menyusul kembali..demi sebuah kenangan..:)



::perjalanan sebuah kenangan::

Khamis, 21 April 2011

Andai Aku Tanpa DIA.

Bagai siang tanpa matahari
Bagai malam tanpa bintang
Bagai aku tanpa bulan

Begitulah gambaran seorang manusia yang bergelar hamba kepada seorang pencipta. Bila mana kita merasakan hidup kita sunyi seperti tidak mendapat perhatian yang istimewa dari tuhan kita. Namun pada hakikatnya, DIA lebih mengetahui apa yang ada dalam hati kita,apa yang sering bermmain dalam fikiran kita, Dia lebih tahu apa yang terbaik untuk kita, Dia lebih tahu apa yang kita perlukan untuk kebaikan diri kita dan Dia juga lebih tahu apa yang tidak perlu buat kita sehingga boleh menyebabkan kita terjerumus dalam hal yang membinasakan. Sedihnya bila kehidupan kita sehari-hari andai DIA tidak memerhatikan kita. Mungkin kita akan merasa ketidakselamatan menjalani hidup ini tanpa pengawasan dariNya. Begitulah bila kita mengambil mudah apa yang Dia telah aturkan untuk kita tidak kira apa jua terutamaanya ibadah kita,akhlak kita, pergaulan kita, perhubungan kita dengan pencipta kita serta sesama hamba. Semua itu perlu diambil kira dalam kita menjalani kehidupan kita.
Andai dihitung nikmatnya kepada kita semestinya tak tertanding dengan apa peranan kita selaku hambanya dan itu tidak terkira dan termasuk segala kesilapan dan kesalahan yang telah kita lakukan.Ya ALLAH..betapa jauhnya...jauh yang teramat.




Dengan segala pertolongan serta kesenangan yang diberikan kepada kita, kita perlu merasa malu andai kita masih mengabaikan perintah dan larangan Allah terhadap kita..kita patut merasa malu andai kita masih boleh bernafas dengan senang hati di atas muka buminya tanpa mempedulikanNYA..mahukah jika di akhirat nanti kita dilabelkan sebagai hamba yang paling tidak berbudi dan tidak berbahasa apatah lagi gelaran ummat yang derhaka..Aku berlindung dari semua itu ya ALLAH..kerana hambaMu ini tidak mampu hidup tanpa pandangan dariMu..tak mampu hidup tanpa pengawasan darimu..tak mampu hidup tanpa pertolongan dariMu..


ولا تكلنا إلى أنفسناطرفةعين ولا أقل من ذلك يا نعم المجيب

ya ALLAH..jangan Engkau biarkan nasib kami ditentukan oleh kami sendiri, walupun dengan kadar sekelip mata dan perkenankanlah ya ALLAH.

Selasa, 12 April 2011

::Hanya HAti Mampu Bicara::

Untuk kesekian kalinya...saya membuka lagi lembaran ini untuk mencatat suatu yg saya tidak mampu lagi untuk menyimpannya dalam hati ini..
Tinggal beberapa hari saja lagi semester ini akan melabuhkan tirainya..dan tinggal beberapa esaimen lagi yg perlu sy siapkan untuk di submit juga tinggal beberapa program lagi yg perlu diaturkan buat jabatan kesayangan...
Tatkala tertulis tentang jabatan kesayangan...terlalu sukar untuk ku gambarkan..seribu gambaran..sejuta persoalan menerjah kala mengingatkan tentangnya..DI SITULAH SEGALANYA BERMULA~~banyak kenangan saya bersama jabatan dan warga jabatan telah tercipta selama 2 tahun sy berada di sini..sunnguh!!,,sekali sy terpikat..selamanya akan kekal di hati sy..hehe...
walaupun banyak masalah yang saya hadapi selama berurusan dengan 'mereka-mereka' yg berkenaan...sama ada melibatkan perkara umum malahan peribadi juga..sy tetapkan sygkan mereka..sehingga menitis air mata saya mengenangkan apa yang pernah berlaku sebelum ini yg x bisa sy padamkan dlm kenangan sy..tapi sy tak mampu menyimpan perasaan kecewa dan sakit hati itu..mudah je nk maafkan org ..tapi mungkin mengambil masa yg lama utk sy lupakan kisah tersebut..itulah sifat sy...~sifat mereka yg diputera dan diputerikan pada bulan tujuh~..huhu...maafkan saya ..
Dalam sy mengharungi hidup sebagai seorang pelajar selama dua tahun di sini..sy amat berterima kasih kepada sahabat-sahabat sy..merekalah duka..merekalah suka..merekalah jiwa..merekalah segala..yg memahami..yg mengerti...diri yg serba kekurangan ini..
Juga terima kasih yang x terlafaz untuk seni0r yg juga bertindak sebagai 'my supporter' dari dulu hingga kini...dan selamanya di hati sy..ucapan maaf ana hulurkan
selama menjadi 'adik' kerana ana tidak sempurna..maaf juga seandainya apa sahaja permintaan tidak dipenuhi...pertolongan tak dihuluri..ketahuilah..anda sememangnya sangat istimewa seolah seperti dua hati punya rantai penghubung..bila sy susah..kamu hulur sapaan yg menyenangkan..bila sy marah..kamu hulur sapaan yang menenangkan..tak jemu kamu mendengar cerita saya..walaupun semuanya berkaitan dgn masalah..masalah...masalah..dan masalah...
tapi bila berjumpa..hanya hati sahaja yg berkata..mulut terkunci seribu bahasa...

::catatan hati CitranisaiE::

Khamis, 24 Februari 2011

Utamakan Yang Utama...


Telah lebih satu semester blog ini tidak kujenguk lantaran kesibukan yang teramat dengan projek-projek..tidak kira sama ada projek kolej,jabatan,palapes,persatuan dan bagai2 lagi..walaupun begitu, sebagai pelajar tiada apa yang lebih diutamakan melainkan tugas untuk menuntut ilmu.terima kasih buat abah dan ma yang memahami diri ini walaupun tidak pernah kuceritakan secara detail kepada mereka tentang aktiviti di kampus perdana ni...hmm..namun sebagai anak kepada mereka..jangan sekali-kali kita mengkhianati amanah dan kepercayaan mereka terhadap kita..apapun begitu..sy masih lagi gembira kerana masih lagi diberri peluang untuk mendapat pointer yg baik...Alhamdulillah..