Sabtu, 19 Januari 2013

2012 yang sangat awesome..:)




2012 yang beberapa hari baru sahaja melabuhkan tirainya. tahun yang sangat mencabar buat diri ini. Antara keutamaan sebagai seorang pelajar dan kegiatan kokurikulum yang menuntut sepenuh disiplin diri dan masa. Kadang-kadang aku akui terpaksa mencuri sedikit masa di Fakulti untuk PALAPES kerana sebab-sebab yang tertentu dan semua kadet lain juga begitu. Aku sangat percaya. Namun, ia dapat dicover dengan sebaiknya. Alhamdulillah. Walaupun begitu, aku rasa sangat berpuas hati setelah berhempas pulas antara kedua-duanya selama tiga tahun akhirnya kedua-duanya berjaya berada di dalam genggaman. Sejurus selepas berakhirnya peperiksaan akhir bagi seorang pelajar ijazah sarjana muda, beberapa hari kemudian, bermulalah perjalanan pentauliahan seorang pegawai kadet PALAPES kepada seorang pegawai muda. Tiga minggu menjalani latihan di Universiti Malaya dan juga di Universiti Utara Malaysia (tempat ditauliahkan) siang dan malam yang menuntut pengorbanan segalanya. Siang berkawad, malam berada di dewan Muadzam Syah untuk upacara raptai pentauliahan (tempat yang famous dengan peristiwa si Sharifah dengan si Bawani Listen! Listen! Listen! haha). Kilat kasut sampai mata terpejam, berlari naik turun tangga, bangun pukul pagi beratur ambil senjata, kawad tengah hujan, muntah di padang kawad UUM (sangat tidak boleh lupa) dan macam-macam lagi..segala yang berlaku adalah detik yang sangat indah. Dan lebih indah lagi kehadiran abah dan abang tersayang menyaksikan aku ditauliahkan sebagai pegawai muda..abah cerita pada ma bahawa air matanya menitis saat aku berjalan keluar baris (terharu rasanya) terharu sebab abah baru saja tahu aku masuk PALAPES. Sebelum itu, hanya ma dan adik beradik sahaja yang tahu. Tak berani beritahu abah takut abah marah. Sampailah suatu hari abah kata dia nak pergi Kedah nak tengok upacara Tauliah (hanya mampu senyum tak kata apa). Cuma agak terkilan sebab tak banyak masa diluangkan untuk abah dan abang kerana kesuntukan masa dengan persiapan maklumlah PALAPES kan…mana ada masa untuk main-main, kena pandai curi masa..:)









Walaubagaimanapun Alhamdulillah segala pujian buat Tuhan sekalian alam kerana aku telah berjaya menyempurnakan tugas sebagai kadet PALAPES selama tiga tahun. Terima kasih yang tak terhingga buat semua skuad SEMERAH SEHITAM intake 31 dan pegawai-pegawai latih serta jurulatih-jurulatih yang terlibat dalam membimbing diri ini.










Beberapa bulan sejurus selepas berjaya mendapat Tauliah sebagai Leftenan Muda, tibalah masanya untuk abah dan ma sekali lagi merasa kebanggaan mereka melihat anak perempuan mereka menerima skrol Ijazah Sarjana Muda. Sebelum ini, abang long pernah menerima ijazah nya, tapi abah dan ma tak dapat menyaksikan kerana terlalu jauh di Pakistan..dan Alhamdulillah kerana aku dapat menggantikan kegembiraan tersebut apabila berjaya menghabiskan pengajian di UM. Kali ini, ma, kakak dan abang long pulak yang pergi. Alhamdulillah. terharu rasanya atas kedatangan mereka untuk meraikan.








Sekarang baru sahaja selesai menduduki peperiksaan semester pertama untuk Ijazah Sarjana Akidah dan Pemikiran Islam. Dan berusaha sedaya upaya untuk mendapatkan skrol kuning(MA) dalam tempoh masa yang ditetapkan. Inshaa Allah dengan izinNya. Dan aku sangat berharap kedua-dua mereka (abah dan ma) dapat menyaksikannya suatu hari nanti..
Allah bahagiakanlah mereka sehingga ke akhir hayat mereka di dunia ini.