Ahad, 24 April 2011

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2011

23 April 2011.
alhamdulillah...sekali lagi berpeluang mengikuti PBAKL'11 yang berlangsung di PWTC setelah kali pertama mengikutinya pada tahun pertama berada di universiti perdana ini.
Cuma yang membezakannya adalah kali ini kepergian kami bertiga (seperti biasa..naimah serta najihah) bersama dengan persatuan mahasiswa kelantan(PMK)..sebelum ini kami menaiki pengangkutan awam untuk ke sana...tapi orang yg menemani sy ke sana ..maintain ..tetap sama..hehe...thnx a lot yaa najihah n naimah...:)..
kesempatan masa yang diberikanNya kepada kami tdk dilepaskan begitu saja..dari satu booth ke satu booth kami jelajahi...sebut ja apa genre buku..semua kami singgah..hehe..
akidah..falsafah...tasawuf..sejarah..buku masak-memasak..perkahwinan..puisi..sajak..gurindam..novel..kanak-kanak..macam-macam kami belek..beli..??..sat naa..hehe..kite belek2 dulu..
walaupun banyak booth yg kami kunjungi..hati sy tetap juga mahu pergi ke booth yg bernombor 26...booth yg menjual kitab2 arab...bnyk kitab2 yg selalu kami pelajari dan di 'suggest'kan oleh ustaz dan pensyarah di booth tersebut..seperti al-luma'..minhaajul aa'bidin..aqidatun najin..kitab2 berkaitan ngn syiah..dan banyak..banyak..dan banyak lagi yang kami terjah semalam..hehehe..opss..lupa pulak semasa sedang membelek-belek kitab..terserempak pula dengan tutor di jabatan..Ustaz Sobri..yg memnag khusyuk membaca kitab-kitab di situ..
Setelah beberapa jam berada di sana...dan setelah mengisi perut yg dr pagi kelapran..dan satu buku masih tiada di tgn...kami mengambil keputusan itk ke booth PTS..woowwwww...x terkataaaa....ramai beno manusia kt sana..teman terus di serang virus sakit kepala..huhu...dan hasilnya..sy dan najihah mengambil keputusan untuk membeli buku di situ..Alhamdulillah..dapat juga dua buah buku yg istimewa bg sy...iaitu novel sejarah Islam..Sultan Muhammad Al-Fateh(penakluk Konstantinopel) karya pengarang tersohor saat ini..Abdul Latip Talib serta sebuah lagi buku yg bertajuk Travelog Iran (menyingkap misteri bumi Ahmadinejad)..karya Dina Sulaiman..
moga2 karya bermanfaat itu memberi suntikan semangat kepada sy utk terus berjuang dalam bidang yg sy sedang ceburi dan utk masa akan datang....Wallahu A'lam...:)










::Perjalanan Sebuah Kenangan::

Jumaat, 22 April 2011

Perjalanan Sebuah Kenangan

Alhamdulillah..hanya itu sahaja yang ingin lafazkan setelah selesainya Bengkel Pemantapan Akidah dan Sahsiah 2010/2011. Tercapai hajat ingin menghadiri hari keluarga JAPI setelah ketinggalan semasa tahun pertama di sini. Setelah beberapa tarikh ditunda..setelah beberapa kali tentatif diubah..setelah beberapa kali meeting bersama ketua jabatan diadakan..setelah beberapa ..dan setelah beberapa...huhh..akhirnya sampai juga kami semua ke Hotel Permaisuri yang berlokasi di Port Dickson. Tempatnye kelihatan menarik dan sudah tentu berbaloi dengan bayaran yang kami laburkan ..hehe..




Perjalanan selama hampir 2 jam lebih mungkin ..amat tidak membosankan kerana ada sahaja isu yang mereka bawakan untuk menjadi bahan gelakan bersama..asyik gelak ja keja..terutama seat2 di bahagian belakang..ce nk pejam mata cket...ada saja suara yg dok mengganggu kt belakang..jawabnye x tidolah kami ni dalam perjalanan ke sana.
Setelah beberapa jam perjalanan, akhirnya sampai juga kami ke lokasi yang di tuju...



Pada malamnya diteruskan lagi dengan majlis perasmian yg dirasmikan oleh ketua jabatan akidah sendiri iaitu Dr Fauzi Hamat.Terdapat juga sesi khas bersama Ustaz Wan Adli yg baru sahaja menamtkan pengajiannya di oversea. Dalam slot tersebut ustaz dli berkongsi pengalamannya semasa belajar di sana.
Ketika malam hampir melabuhkan tirainya kami masih lagi berada di dewan Camar 2 utk persiapan slot bersama Dr Che Zarrina untuk latihan persembahan darupada kelas psikospritual iaitu slot muhasabah diri.
demi menyiapkan sebuah sajak utk dipersemabahkan pada eesokannya ..sy dan najihah sanggup mengerah otak selesai shj balik ke bilik hingga hampir ke jam 4 pagi..setelah perkataan perkataan bertukar ganti..setelah ayat bertukar ayat..setelah nada bertukar nada...dan setelah beberapa jam kami berpuitis dan berseni...dapat juga kami sempurnakan 4 rangkap puisi...dan puisi itu kami biar tak berpenutup ..huhh..mata sy sudah x mampu nak bukak lagi..akhirnya tertido di ruang tamu untuk seketika waktu...dahsyat btul penangan puisi..huhu...akibat puisi sy terbangun dlm jam 6.30 pagi ..dan hasil drpd itu juga..slot Dr.Faizuri yang diadakan pada waktu subuh juga terpaksa ditangguhkan kpd slot pd pagi tersebut..dan pada tengah hari sabtu tersebut..tiba juga slot yang membuatkan kami berdebar2 sampai rasa nak demam..ketaq2 je rasa..hehe..tmbahan pula..bukan sahaja pelajar yg menonton gelagat kami..malahan pensyarah juga...huhhh ..sapa yg x gementaq..ofkos la kan...hmm..tbe giliran kami untuk mengalunkan sajak yg berjudul keinsafan yg bru disempurnakan penutupnya pada pagi tersebut..x tau nk kata apa dahh..pasrah je la...sebab 1st time baca sajak depan org ramai..x penah2 sebelum ni...huhu...ble nk strt je..ustaz basri da amik port dia sbg jurukamera...hadoii..malu bena teman..tgn kiri yg digunakan utk memegang kertas tak henti2 bergerak...da nasihat kt tgn tu spy berhenti bgrak..tapi tgn tu mmg degil..terketaq-ketaq tgn ambe masa sajak dibacakan..malu2...tp x pe..sekurang2nya..sy mencuba sesuatu yg baru dalam bengkel ini..btul tidak..??hehe..
setelah selesai slot tersebut..ada sesi bergambar bersama dengan pensyarah kesayangan kami semua...dan inilah gambau2nye...nahhh..lihatlah...:)











Pada waktu petang..bermulalah slot yang bakal menggembirakan..meriuhrendahkan..dan yang sewaktu dengannya..setelah peserta berada dalam group masing2..sy diletakkan dalam kumpulan bersama dgn ayahanda ustaz Kamil..taufik senior..famie yg senget..Solace junior yg cun..serta suami kak linda (p.A) di jbtan kami..dan bermulalah perjuangan demi merebut gelaran juara segala juara..hehe...ketika pertandiangn belum dimulakan..masing2 peserta cbuk meng'psiko'peserta2 yg len..memang mantap gak psiko yg diorg gunakan..x kurg jugak jiran sebelah kami iaitu kumpulan 6..ade sorg budak tu..mmg nk kna gamaknye la kan..asyik nk wt org tacing je keje..huhh.. xpuas ati btoll..tp akk tahu..kamu hanya bergurau untuk menceriakan keadaan...tq akk ucapkan..huhu..beberapa acara telah dipertandingkan seperti terompah gergasi yang amat melucukan...bawa botol ata dulang sambil berjalan bertentangan arah..bwk bola pingpong dgn kayu chopstick (btntgn arah) baling2 belon berisi air..seta boling kelapa...yang pasti masing2 telah menunjukkan skill masing2 dalam merebut gelaran juara..tapi yg palg penting sekali..menang atau kalah itu belakang kira..yg penting 'rasa' kebersamaan yg kita bwakan dalam setiap program dan slot yg dijalan kan oleh pihak penganjur itulah yg akan memberikan kenangan yang paling indah buat kita semua..







Setelah selesai slot sukaneka..tbe juga masa yg palin dinantikan oleh semua..acara main2..mandi2..dan simbah2 air pantai..huhu...pada mulanya sy..kak iklima..serta najihah hanya berniat untuk berjalan2 di tepi pantai..namun setelah beberapa percubaan serta konspirasi yg dilakukan oleh kak linda serta kak sarah..akhirnya badan kami termasuk jua kedalam air laut yg sgt masin itu..huhh...tapi kalo da masuk dalam ayaq tu..bukannya igt nak kuar pun..huhu..makin lama makin syok pula rasa dok bergurau senda dlm ayaq masin nak mampuih tu..sepanjang hidup..rasanya tu la ayaq laut yg plg masin yg pernah masuk dlm mulut teman...memang menjadi kenanagn indah sangat bila dapat bergurau senda denan pensyarah dan kakak RA jabatan..huhu..diorg mmg sporting sgt...masih terkenang2 lagi saat tu...:)..
lepas abes main2 ayaq laut..p smbung mndi kolam ulak dah...uihh...memang bez sangat2 la haa..semua pakat dok berendam dalam kolam nk dekat sejam la kot gamaknye..mantap lahh....memang mantap sgt..hehe..tapi tak kisah la kan berapa lama pon berendam..sala dpt release tension..maklumlah kan..sebelum p PD..da submit seua esaimen yg bertimbun2 dlm masa satu hari..huhu...ni la masa nk bals dendam haa...:P


Itu sahaja nampaknya yang sy ingin ceritakan...tp ade bnyk lagi kenangan yg belum diluahkan disini..Perjalanan Sebuah Kenangan 2 akan menyusul kembali..demi sebuah kenangan..:)



::perjalanan sebuah kenangan::

Khamis, 21 April 2011

Andai Aku Tanpa DIA.

Bagai siang tanpa matahari
Bagai malam tanpa bintang
Bagai aku tanpa bulan

Begitulah gambaran seorang manusia yang bergelar hamba kepada seorang pencipta. Bila mana kita merasakan hidup kita sunyi seperti tidak mendapat perhatian yang istimewa dari tuhan kita. Namun pada hakikatnya, DIA lebih mengetahui apa yang ada dalam hati kita,apa yang sering bermmain dalam fikiran kita, Dia lebih tahu apa yang terbaik untuk kita, Dia lebih tahu apa yang kita perlukan untuk kebaikan diri kita dan Dia juga lebih tahu apa yang tidak perlu buat kita sehingga boleh menyebabkan kita terjerumus dalam hal yang membinasakan. Sedihnya bila kehidupan kita sehari-hari andai DIA tidak memerhatikan kita. Mungkin kita akan merasa ketidakselamatan menjalani hidup ini tanpa pengawasan dariNya. Begitulah bila kita mengambil mudah apa yang Dia telah aturkan untuk kita tidak kira apa jua terutamaanya ibadah kita,akhlak kita, pergaulan kita, perhubungan kita dengan pencipta kita serta sesama hamba. Semua itu perlu diambil kira dalam kita menjalani kehidupan kita.
Andai dihitung nikmatnya kepada kita semestinya tak tertanding dengan apa peranan kita selaku hambanya dan itu tidak terkira dan termasuk segala kesilapan dan kesalahan yang telah kita lakukan.Ya ALLAH..betapa jauhnya...jauh yang teramat.




Dengan segala pertolongan serta kesenangan yang diberikan kepada kita, kita perlu merasa malu andai kita masih mengabaikan perintah dan larangan Allah terhadap kita..kita patut merasa malu andai kita masih boleh bernafas dengan senang hati di atas muka buminya tanpa mempedulikanNYA..mahukah jika di akhirat nanti kita dilabelkan sebagai hamba yang paling tidak berbudi dan tidak berbahasa apatah lagi gelaran ummat yang derhaka..Aku berlindung dari semua itu ya ALLAH..kerana hambaMu ini tidak mampu hidup tanpa pandangan dariMu..tak mampu hidup tanpa pengawasan darimu..tak mampu hidup tanpa pertolongan dariMu..


ولا تكلنا إلى أنفسناطرفةعين ولا أقل من ذلك يا نعم المجيب

ya ALLAH..jangan Engkau biarkan nasib kami ditentukan oleh kami sendiri, walupun dengan kadar sekelip mata dan perkenankanlah ya ALLAH.

Selasa, 12 April 2011

::Hanya HAti Mampu Bicara::

Untuk kesekian kalinya...saya membuka lagi lembaran ini untuk mencatat suatu yg saya tidak mampu lagi untuk menyimpannya dalam hati ini..
Tinggal beberapa hari saja lagi semester ini akan melabuhkan tirainya..dan tinggal beberapa esaimen lagi yg perlu sy siapkan untuk di submit juga tinggal beberapa program lagi yg perlu diaturkan buat jabatan kesayangan...
Tatkala tertulis tentang jabatan kesayangan...terlalu sukar untuk ku gambarkan..seribu gambaran..sejuta persoalan menerjah kala mengingatkan tentangnya..DI SITULAH SEGALANYA BERMULA~~banyak kenangan saya bersama jabatan dan warga jabatan telah tercipta selama 2 tahun sy berada di sini..sunnguh!!,,sekali sy terpikat..selamanya akan kekal di hati sy..hehe...
walaupun banyak masalah yang saya hadapi selama berurusan dengan 'mereka-mereka' yg berkenaan...sama ada melibatkan perkara umum malahan peribadi juga..sy tetapkan sygkan mereka..sehingga menitis air mata saya mengenangkan apa yang pernah berlaku sebelum ini yg x bisa sy padamkan dlm kenangan sy..tapi sy tak mampu menyimpan perasaan kecewa dan sakit hati itu..mudah je nk maafkan org ..tapi mungkin mengambil masa yg lama utk sy lupakan kisah tersebut..itulah sifat sy...~sifat mereka yg diputera dan diputerikan pada bulan tujuh~..huhu...maafkan saya ..
Dalam sy mengharungi hidup sebagai seorang pelajar selama dua tahun di sini..sy amat berterima kasih kepada sahabat-sahabat sy..merekalah duka..merekalah suka..merekalah jiwa..merekalah segala..yg memahami..yg mengerti...diri yg serba kekurangan ini..
Juga terima kasih yang x terlafaz untuk seni0r yg juga bertindak sebagai 'my supporter' dari dulu hingga kini...dan selamanya di hati sy..ucapan maaf ana hulurkan
selama menjadi 'adik' kerana ana tidak sempurna..maaf juga seandainya apa sahaja permintaan tidak dipenuhi...pertolongan tak dihuluri..ketahuilah..anda sememangnya sangat istimewa seolah seperti dua hati punya rantai penghubung..bila sy susah..kamu hulur sapaan yg menyenangkan..bila sy marah..kamu hulur sapaan yang menenangkan..tak jemu kamu mendengar cerita saya..walaupun semuanya berkaitan dgn masalah..masalah...masalah..dan masalah...
tapi bila berjumpa..hanya hati sahaja yg berkata..mulut terkunci seribu bahasa...

::catatan hati CitranisaiE::