Sabtu, 18 Jun 2011

::bahasa itu indah::

......SEMUA JANGAN......
alkisah.....

Idrus baru berkahwin dengan Susila.Dua minggu selepas majlis perkahwinan,mereka berdua pulang ke kamung Susila di Tanjung Karang, Selangor…
Susila: Kenapa Abang ni?Tak sihat ke?
Idrus: Tak de apa-apa…kenapa?
Susila: Ya lah,Ayang tengok Abang tak de selera je …
Idrus: Siapa kata tak de selera?..hehehe..
Susila: Ayang tengok Abang macam tak larat makan je…
Idrus: Ooo..masa makan tadi ke..? dah tak ada lauk yang boleh dimakan,macam mana nak ada selera ?
Susila: Tak ada lauk? kan banyak lauk mak masak tu. Mak seronok sangat kita balik ni, maklumlah baru dapat tengok betul-betul menantunya. masa kahwin dua minggu lepas, kita tidur sini semalam aje.
Idrus: ha! yang itu bukan salah abang,…sayang yang tak dapat cuti lama kan?! Dapat semalam di Kelantan dan semalam di sini…itu aje. Apalah jenis bos ayang tu.cuti kahwin pun bagi tiga hari je…
Susila: Alaa….bukan salah dia,tetiba aje kerja banyak masuk dan kena siapkan cepat.Lepas tu ada pula seorang staf ni kena strok pulak, tu yang jadi kelam kabut…
Idrus: iye lah tu…
Susila: Abis tu abang makan ikan goreng aje tadi kenapa?! Kecil hati mak tau! Penat dia masak macam-macam lauk nak jamu menantu sulungnya.Tapi langsung tak sentuh…telur dadar je yang abang makan!!

Idrus: memang banyak lauk mak hidang tadi. Nampak semuanya sedap. Tapi kan ke dia yang tak bagi abang makan tadi?!
Susila: Mak tak bagi makan?!
Idrus:Haa..tak dengar ke tadi?!
Susila: Tak ada dengar pun..bila masa dia larang abang makan?
Idrus: masa nak makan tu la…
Susila: Kan ke dia beria-ria pelawa abang makan. sampai duduk sebelah lagi.
Idrus: memang la dia duduk sebelah dan siap tunjuklauk-lauk tu, tapi..dia tak bagi makan!!
Susila: tak bagi?!
Idrus: Ha la..dia duduk sebelah dan tunjuk kat lauk tu dan cakap …ni jangan, ni jangan, tu jangan…yang dia tak tunjuk telur dadar je.maknanya dia tak bagilah makan lauk-lauk lain tu, kecuali telur dadar je!!
Susila: Laa…sebab mak cakap jangan tu la yang abang tak makan lauk-lauk tu ye?! kih kih kih….
idrus: Eh! kenapa mengekek lak ni? apa yang lucunya?!
Susila: Apa pulak yang tak lucunya?! memang lucu le…sekarang ayang tau le sebab apa abang tak selera makan..hehehe..
Idrus: Tengoklah tu…bukannya simpati, tap ketawa pulak!huhh!!
Susila: Hehehe..sebenarnya abang salah faham..mak bukan larang makan, tapi sebenarnya dia dia beritahu nama lauk tu..
Idrus: Nama lauk?
Susila: ha’ah..nama lauk..jangan tu maknanya lauk…dia cakap jangan iwak..maknanya gulai ikan,jangan asem maknanya gulai asam,jangan bening…
Idrus:Oooo…nama lauk ke?!ingatkan dia larang makan lauk tu.Hehehe..sekarang abang boleh makan le yek? Eh! tetiba abang rasa lapar sangat la pulak..
Susila:hehe..yok madang!!
Idrus: Hah!! ..apa pulak tu?
Susila: Dah jadi menantu orang jawa..kenalah belajar bahasa jawa.hehehh

..Ketika saya sedang membantu emak dan kakak di dapur..mata saya tertumpu kepada petikan akhbar lama di laman 'MEWAH BAHASA'..ia dikendalikan oleh prof Madya Dr Nor Hisham Osman..laman ini juga merupakan antara laman favorite saya di akhbar berita harian yang mana ia disiarkan setiap hari rabu..x salah mempelajari bahasa atau loghat negeri lain..malah ia membantu kita dalam banyak perkara sebenarnya...:)
~~NUUR HASNI~~

Jumaat, 10 Jun 2011

::kerana dirimu begitu berharga::

adab terhadap diri sendiri

1)menjaga kebersihan secra menyeluruh dengan cara mandi dan menyucikan diri.
2)mamotong kuku tangan dan kaki pada setiap minggu.kuku panjang dikhuatiri tersimpan najis.
3)mengutamakan bahagian kanan.didahulukan bahagian kanan dalam melakukan segala amalan yang mulia seperti mandi,berwudhuk,memakai pakaian dan sebagainya.
4)mengalihkan wajah ketika bersin bagi mengelak terkena daripada orang lain,makanan serta minuman.
5)memuji Allah sesudah bersin
6)mengingatkan Allah dan bersyukur kepadaNya ketika melihat wajah di cermin.
7)membiasakan diri dengan amal soleh seperti beribadah,berzikir,berselawat,bersedekah,solat sunat dan seumpamanya.
8)tidak melakukan sesuatu yang sia-sia.selalu memperbaiki diri sendiri dan berusaha memperbaikinya.
...bukan hanya amalan-amalan di atas sahaja..tetapi segala perkara atau perbuatan yang selari dan bertepatan dengan apa yang digariskan dalam al-quran dan sunnah nabi muhammad SAW...::pesan untuk diri::

Khamis, 9 Jun 2011

::d0a dan harapan::

Setiap hari..setiap pagi...bangkit dari tidur..untuk meneruskan hari-hari depan...hanya satu sahaja yang tersemat dalam hati saya...dan ia tak pernah berganjak..lafaz yang sama...kalimah yang sama..perkataan yang sama..bait yang sama..dalam satu rasa..
setiap hari saya berharap harapan itu akan menjadi kenyataan..setiap hari saya melafazkan bait yang sama dalam d0a-d0a saya..saya tak ingin tewas dalam dunia yang saya ciptakan sendiri...tapi saya sedar harapan saya untuk itu seakan-akan sirna..
Dan saya juga merasa gusar untuk menempuh hari-hari depan saya..saya risau untuk meneruskan tugas yang telah diamanahkan kepada saya..lantaran peristiwa lalu kerap mengganggu fikiran saya...
kiranya temp0h tiga bulan ini tidak mampu memulihkan keadaan...saya kira saya harus membuat sesuatu agar saya dapat melupakan kisah tersebut..
...::mungkin ia kelihatan biasa...tapi ia sebenarnya telah mencapai ke suatu tahap yang amat parah::
....akhirnya..saya terpaksa mengakui..kisah itu benar-benar menghantui kehidupan saya...
..saya tidak pasti sampai bila...tidak pasti sampai ketika mana ia akan berakhir...saya telah letih menghadapi semua ini...saya penat melalui semua ini...!!!..Allahu Akbar..!!