Sabtu, 19 Januari 2013

2012 yang sangat awesome..:)




2012 yang beberapa hari baru sahaja melabuhkan tirainya. tahun yang sangat mencabar buat diri ini. Antara keutamaan sebagai seorang pelajar dan kegiatan kokurikulum yang menuntut sepenuh disiplin diri dan masa. Kadang-kadang aku akui terpaksa mencuri sedikit masa di Fakulti untuk PALAPES kerana sebab-sebab yang tertentu dan semua kadet lain juga begitu. Aku sangat percaya. Namun, ia dapat dicover dengan sebaiknya. Alhamdulillah. Walaupun begitu, aku rasa sangat berpuas hati setelah berhempas pulas antara kedua-duanya selama tiga tahun akhirnya kedua-duanya berjaya berada di dalam genggaman. Sejurus selepas berakhirnya peperiksaan akhir bagi seorang pelajar ijazah sarjana muda, beberapa hari kemudian, bermulalah perjalanan pentauliahan seorang pegawai kadet PALAPES kepada seorang pegawai muda. Tiga minggu menjalani latihan di Universiti Malaya dan juga di Universiti Utara Malaysia (tempat ditauliahkan) siang dan malam yang menuntut pengorbanan segalanya. Siang berkawad, malam berada di dewan Muadzam Syah untuk upacara raptai pentauliahan (tempat yang famous dengan peristiwa si Sharifah dengan si Bawani Listen! Listen! Listen! haha). Kilat kasut sampai mata terpejam, berlari naik turun tangga, bangun pukul pagi beratur ambil senjata, kawad tengah hujan, muntah di padang kawad UUM (sangat tidak boleh lupa) dan macam-macam lagi..segala yang berlaku adalah detik yang sangat indah. Dan lebih indah lagi kehadiran abah dan abang tersayang menyaksikan aku ditauliahkan sebagai pegawai muda..abah cerita pada ma bahawa air matanya menitis saat aku berjalan keluar baris (terharu rasanya) terharu sebab abah baru saja tahu aku masuk PALAPES. Sebelum itu, hanya ma dan adik beradik sahaja yang tahu. Tak berani beritahu abah takut abah marah. Sampailah suatu hari abah kata dia nak pergi Kedah nak tengok upacara Tauliah (hanya mampu senyum tak kata apa). Cuma agak terkilan sebab tak banyak masa diluangkan untuk abah dan abang kerana kesuntukan masa dengan persiapan maklumlah PALAPES kan…mana ada masa untuk main-main, kena pandai curi masa..:)









Walaubagaimanapun Alhamdulillah segala pujian buat Tuhan sekalian alam kerana aku telah berjaya menyempurnakan tugas sebagai kadet PALAPES selama tiga tahun. Terima kasih yang tak terhingga buat semua skuad SEMERAH SEHITAM intake 31 dan pegawai-pegawai latih serta jurulatih-jurulatih yang terlibat dalam membimbing diri ini.










Beberapa bulan sejurus selepas berjaya mendapat Tauliah sebagai Leftenan Muda, tibalah masanya untuk abah dan ma sekali lagi merasa kebanggaan mereka melihat anak perempuan mereka menerima skrol Ijazah Sarjana Muda. Sebelum ini, abang long pernah menerima ijazah nya, tapi abah dan ma tak dapat menyaksikan kerana terlalu jauh di Pakistan..dan Alhamdulillah kerana aku dapat menggantikan kegembiraan tersebut apabila berjaya menghabiskan pengajian di UM. Kali ini, ma, kakak dan abang long pulak yang pergi. Alhamdulillah. terharu rasanya atas kedatangan mereka untuk meraikan.








Sekarang baru sahaja selesai menduduki peperiksaan semester pertama untuk Ijazah Sarjana Akidah dan Pemikiran Islam. Dan berusaha sedaya upaya untuk mendapatkan skrol kuning(MA) dalam tempoh masa yang ditetapkan. Inshaa Allah dengan izinNya. Dan aku sangat berharap kedua-dua mereka (abah dan ma) dapat menyaksikannya suatu hari nanti..
Allah bahagiakanlah mereka sehingga ke akhir hayat mereka di dunia ini.

Sabtu, 22 Disember 2012

"Susahnya Perjuangan Ini"


Bismillah
Saat ini..aku berada di penghujung semester pertama bagi pengajian Sarjana. Pernah dulu hati ini berbolak-balik untuk meneruskan pengajian ini. Nak teruskan ke?..atau nak batalkan niat suci ini?..inilah dilemma beberapa hari sebelum berangkat ke Kuala Lumpur. Namun segalanya berubah..setelah hari keberangkatan ke KL, saat menyalami tangan abah..kata abah, ‘belajar rajin-rajin2..sungguh2..abah nak g KL nti Grad master’..tatkala abah menghabiskan kata-katanya, aku tahu bahawa langkah niatku untuk meneruskan pengajian ini direstui oleh mereka. Betapa pentingnya restu mereka buatku..terima kasih abah..terima kasih juga ma..atas segalanya dari seawal ku dlahirkan..sehingga sekarang..
Susahnya perjuangan ini..perjuangan mencari ilmu..bukan sekadar mencari ilmu, menyampaikan ilmu..tetapi ada yang lebih besar menanti..tugas memelihara ilmu Islam..dan juga mengembalikan ilmu Islam ke tempat yang selayaknya..Sungguh beruntung kerana dipertemukan dengan tenaga pengajar yang sangat mencintai ilmu pengetahuan dan sangat memelihara nilai ilmu yang ada pada mereka. Aku bangga kerana pernah menjadi murid kepada mereka..Dr Azmil, Dr Wan Suhaimi, Dr Che Zarrina, Dr Khadijah, Dr Faizuri, Dr Mahmud, Dr Fauzi dan lain-lain.
Terima kasih buat…:
Dr Azmil atas ilmu falsafah dan tasawuf nya, setiap butir bicaranya saya hayati kerana tersangat rugi bagi siapa-siapa yang ketiduran semasa pengajarannya..
Dr Wan Suhaimi kerana memperkenalkan kitab-kitab akidah dan falsafahnya, idea dan pemikirannya saya kagumi
Dr Che Zarrina juga dengan kitab tasawufnya, x pernah lekang dengan lembutnya senyumnya..
Dr Khadijah atas ilmu perbandingan agamanya, terima kasih Ummi..kerana subjek karya akidah saya sudah menghabiskan sebuah kitab perbandingan agama dalambahasa arab walaupun saya tak mahir dlm ilmu ini..
Dr Faizuri kerana pernah menjadi penyeliaku semasa sarjana muda..terimakasih kerana memperkenalkan kitab2 turath kepadaku.
Dr Fauzi..walaupun tak pernah belajar dengan ustaz..namun terima kasih atas bebelan nasihat ustaz yang sangat bermakna…


Melalui pegalaman yang dilalui oleh para Ustaz dan Ustazah..saya akui..betapa susahnya perjuangan ini..Allah redhailah langkah dalam perjuangan ini..Allah Akbar!!

imtiyaz al hannan

Ahad, 18 November 2012

Ihzimhum Ihzimhum

Khabar sedih itu kembali menggamit perasaan ini.
Betapa hebat kita mencanang
Betapa hebat kita meradang 
Mereka sengaja memekakkan telinga
Mereka sengaja membutakan mata
Betapa jahatnya mereka
Betapa tidak berperikemanusiaannya mereka
Betapa sombong
Betapa bongkaknya mereka
Kononnya merekalah bangsa pilihan Tuhan
Kononnya merekalah 'The Chosen People of God'
Bangga tak bertempat dengan gelaran rekaan sendiri
Khabarnya merekalah kuasa paling besar
Tak ingat pada Tuhan agaknya
Apa gunanya sombong
Apa gunanya bongkak
Semua itu tak menyenangkan kamu di hari pembalasan
Saat ini tiada sesiapa yang mampu mengalahkan kuasamu
Namun, suatu masa apabila datangnya kuasa segala kuasa
Jangan sesalkan
Jangan menyalahkan Tuhanmu
Atas apa yang Dia timpakan
Kerana kau sangka kaulah tuhan dunia
Dunia ini kau yang punya
Dunia ini kau yang uruskannya
Kau yang tadbirkannya
Kononnya!!
Konon bangsa pilihan
Tapi hatinya penuh karat kehitaman!!
**********************************

Betapa khusyuk kita berdoa

Betapa ikhlas munajat kita
Tidak dapat menandingi kuatnya mereka di sana
Hanya ikhlas sebuah doa
Hanya tulus setnagkai munajat
Dapat kami kirimkan buat pejuang agama di sana

Betapa ramaipun yang meninggalkan alam dunia

Yang masih punya nyawa
Teruskan berjuang dan berdoa
Yakinku kau sudah tersenyum tenang melihat syurga
Berbahagialah para syuhada'
Syuhada' Palestin
Di bumi Ghaza

Allah tunjukkan kekuasaanMu atas kekejaman zionis laknatullah!!

Ihzimhum Ihzimhum
Aku yakin dengan kuasaMu Allah
Yakin
Sabarlah Ghaza!!

Al-Fatihah buat mereka yang telah pergi ke pangkuan Ilahi.
::imtiyaz al-hannan::






Isnin, 12 November 2012

Hidayah Bukan Milik Kita

Segala puji bagi Allah yang maha Pemberi...Alhamdulillah atas nikmat Islam dan Iman kita masih lagi dapat meneruskan kehidupan di dunia ini.Masihkah ada secebis selitan rasa kesyukuran di hati kecil kita? Kesyukuran kerana kita sentiasa berpeluang menempatkan diri kita dalam umat yang berpeluang merasai indahnya berada dalam hidayah Allah.Saya banyak membaca respon dari teman-teman fb berkenaan dengan ucapan seorang artis lelaki semasa berlangsungnya Anugerah Skrin di TV3. Walaupun tidak menyaksikan rancangan tersebut, tapi saya cuba mencari dan menilai apakah ucapan yang diluahkan oleh artis tersebut. Benar..ia hanya melafazkan Lafz al-Jalalah dan kalimah Tauhid. Memang..ia sudah biasa dituturkan oleh umat Islam saban waktu. Dan memang..tidak ada yang pelik pada ucapan itu..Namun, saya lebih suka memandangnya sebagai suatu yang positif. Apabila saya melihat dia mengucapkan kalimah agung itu, saya nampak suatu keikhlasan dalam ucapannya seolah dia telah mengalami suatu pengalaman yang membawa dia kepada terucapnya kalimah tersebut.Bukan senang untuk kita berada dalam rahmat hidayahNya, sedangkan kita yang boleh dikatakan baik ini juga pernah tergelincir dari landasan hidayahNya apatah lagi golongan artis yang terang lagi bersuluh melakukan aktiviti yang berunsur maksiat..lebih-lebih lagi jauhnya dari hidayah Allah. Namun Allah itu maha Pemberi.. Dia tidak memilih sesiapa untuk diberikan hidayah itu..Sedangkan seorang Kristian mampu menerima hidayah dariNya apatah lagi seorang yang beragama Islam yang melakukan dosa dalam kehidupannya. Allah itu tahu apa yang ada dalam hati hamba-hamba yang dijadikanNya.Berprasangka baiklah kita terhadap sesama muslim..sesama saudara kita..Janganlah kita asyik mempersoalkan tentang kurniaan Allah kepada mereka bimbang kiranya kita lupa berdoa kepadaNya supaya dikekalkan kita dalam hidayah dan rahmatNya.Nikmat Allah itu tak berkekalan. Dia boleh memberi pada bila-bila masa dan dia juga boleh menarik pada bila-bila masa.
Jangan sombong dengan secebis hidayah yang ada pada kita!!
::imtiyaz al-hannan::



Selasa, 10 Januari 2012

Jikalau Berkasih


Indahnya hidup ini andai kita saling pesan berpesan...
andai aku diuji keimanan..
pesanilah aku agar imanku pulih kembali
begitu jua kamu..
aku juga akan berperanan sebegitu..
InshaAllah..:D



Jikalau merindu pada purnama
Kenalah tunggu pada waktunya
Tapi andainya kau rindu padaku
Ketuklah pintu hatiku sedang menunggu

Jikalau merayu pada sang bunga
Jangan terus menghidu harum baunya
Manalah tahu ada racun berbisa
Nanti kau susah pula mencari ubatnya

Cinta memanglah indah
Asalkan kau berjaya



Jangan asyik melihat awan yang tinggi
Duri di bawah tidak kau peduli
Jangan terlalu memuji si buah hati
Kalau ia lari kau yang malu sendiri

Jikalau menyemai benih biar berbaja
Bila masa menuai pasti kau gembira
Jikalau engkau mencari kekasih
Oh carilah yang berhati mulia



By Ramli Sarip

Isnin, 9 Januari 2012

Aduhai Wanita..:D

Bismillah..
Seketika bersantai di tengah hari yang cuacanya begitu baik, saya terlihat satu video yang dipost oleh seorang sahabat yang berkaitan dengan perihal aurat wanita di facebook. Lagu yang dinyanyikan oleh Adibah Noor yang bertajuk terlalu istimewa itu telah diubahsuai senikatanya oleh seorang lelaki dan dinyanyikan oleh beliau sendiri..Video itu sangat istimewa kerana bukan kerana ke'sumbangan' nyanyiannya tapi mesej yg ingin dicurahkan dan disampaikan kepada wanita-wanita di luar sana dapat saya rasakan betapa telusnya kata-kata beliau dalam lagu tersebut. Entah..saya sendiri sebagai seorang wanita merasa malu dengan perlakuan-perlakuan sebegini yang menjadi barah dalam kalangan warga laman sosial yang berjantina wanita ini. atas dasar apa ya mereka menyiarkan gambar mereka tidak menyenangkan mata?..pada fikiran saya..semua itu berasal dari fitrah..fitrah seorang wanita yang ingin dilihat sebagai cantik. hakikatnya semua wanita memang begitu..ya..ingin kelihatan cantik dan ingin dilihat sebagai seorang wanita yg cantik .tapi yang membezakan fitrah 'ingin cantik' dalam kalangan wanita-wanita ini adalah adanya 'ilmu dan agama'..tanpa ilmu...akal kita tidak dapat menafsir apa yang kita lakukan itu sebagai suatu yang tidak bermoral dan beretika.. dan tanpa agama..kita tidak dapat mebezakan sama ada apa yang kitya lakukan itu adalah suatu yang halal atau haram atau berdosa. Jadi, untuk mengatakan golongan wanita yang berperlakuan 'aneh' di laman sosial ini sebagai mereka yang tidak ada pengetahuan dalam 'ilmu dan agama' saya rasa amat mustahil sama sekali..kerana masih adakah manusia yang bersikap seperti 'katak bawah tempurung' ?..andai kita tahu dan mahir ber'sosial' dengan hanya menggunakan manfaat hujung jari sahaja adalah mustahil jika kita tidak tahu untuk menggunakan hujung jari  untuk mendengar kuliyah agama secara online oleh para ustaz dan ahli agama yang memiliki autoriti dalam bidang kepakaran masing-masing serta mungkin juga boleh membaca artikle2, buku2 dan banyak lagi sumber yang boleh membantu kita menmabahkan lagi pengetahuan dan  membantu kita lebih menghayati apakah yang terkandung di  sebalik ilmu yang kita pelajari dan agama yang kita anuti.
Setiap daripada kita dilahirkan di dunia ini ada agenda dan amanah yang telah ditetapkan oleh Allah sejak dari azali lagi. Betapa baiknya Allah mengurniakan kita nikmat  anggota badan yang elok..wajah yang cantik menawan. dan bermacam-macam lagi nikmatNya yang tak akan pernah terhitung oleh jari-jari yang sedang menulis ini.Jadi seharusnya kita berterima kasih pada Allah dengan menjalani segala apa yang diperintahkan kepada kita dan begitulah juga sebaliknya kita juga perlu meninngalkan laranganNya sebagai tanda kesyukuran kita padaNya.
Sayangilah diri kita sendiri sebelum kita menyayangi orang lain..dan dari situ juga kita bisa dihormati oleh orang lain..Bersyukurlah kerana ada yang masih menasihati dan masih peduli..kerana kita tidak hidup kesorangan di dunia ini..dan tambahan pula menjadi suatu kewajipan bagi orang Islam menasihati akan orang Islam yang lain.
Dan ingat juga..azab Allah di neraka sedang siap siaga menanti untuk kita yang masih lalai dengan tanggungjawab kita sebagai seorang yang mengaku beragama Islam tetapi tidak pula mengamalkan Islam itu sendiri..
Saya pernah juga terbaca pesanan dari seorang Murabbi yang agak terkenal iaitu Ustaz Nik Mohamad Abduh, beliau berpesan:
"Anda tahulah betapa payahnya berhenti merokok.
Jika anda telah sakit kerana merokok,
Anda tahulah betapa nikmatnya tidak merokok,
Jika anda pasrah menanti azab kesan merokok,
andalah paling tahu betapa ketagihnya ahli kufur dan maksiat, 
kepada asap dan api di neraka nanti..


..nauzubillah min zalik..ada sauatu maksud yang amat dalam di sebalik kata-kata tersebut..saya hanya insan biasa..banyak lagi yang saya sedang pelajari..sekadar ingin berkongsi apa yang saya tahu. dan atas satu sebab juga.."SAYA TERLALU SAYANGKAN SAHABAT-SAHABAT MUSLIMAT SAYA"..inshaAllah..:D..



Dan ini merupakan video yang saya ceritakan tadi..ambillah yang baik dari nasihat-nasihat nya itu..:D..Wallahu A'lam~~




Ahad, 8 Januari 2012

::Di sini kenangan bercambah..sampai bilapun jadi yang terindah::

Bismillah...
Sedar tak sedar sudah mengakhiri ke penghujung semester 5..da tua dah kan?..pantas betul masa berlalu. Setakat ni sudah dua paper telah selamat dijawab iaitu Islamic Historiography dan Kajian Agama..baki lagi tiga paper inshaAllah sedang lagi menghabiskan pembacaannya dan pengulangkajian..:).
Alhamdulillah semester ini selamat ditempuhi dengan gembiranya..banyak kenangan yang tak dapat saya lupakan antaranya kenangan bersama ahli lajnah Akidah dan Pemikiran Islam..yg sentiasa hapening dan 'wowww' dengan program-programnya..kenangan ber'mahabbah' ke  rumah-rumah mereka yang sudi menjemput kami ke teratak mereka..thnx yg x terhingga kpd Naimah & keluarga..Aisyah & keluarga..Annas& keluarga..Fikri& Keluarga..serta Najihah &keluarga..dan yang paling tak dapat dilupakan adalah kenangan bersama dengan kak Linda serta seluruh pensyarah2 yang sudi mencurahkan ilmu..seronok mendampingi mereka sebenarnya..banyak benda yang x de di kelas blh diambil sebagai panduan..:D..waalubagaimanapun terima kasihyang tak terucap sy tujukan kepada  Kak Linda @ Sis Linda @ Bunda..kerana menjadi org yang paling n paling dan paling kami hargai kerana kesudiannya yang tidak pernah boring dan bosan membantu sepanjang perjalanan lajnah sesi ini..dan sampai masanya saat hiba itu akn datang jua walaupun kita tidak meminta akan hadirnya..dan semester ini merupakan semester akhir kami bersama Kak Linda kerana pada sem depan Kak Linda bakal ditukarkan ke pejabat Pengarah..cuma satu harapan saya..moga pengganti yang bakal menggantikan lebih baik dari Kak Linda..walaupun susah untuk mencari pengganti Kak Iinda kesayangan..Moga dia bahagia di tempat barunya..:D..
                                                     
                                                    Barakah wa Mahabbah 2011



                                                       
                                                       Sehari bersama Lajnah 2011




                       Lawatan Persatuan Usuluddin UNISZA ke Jabatan Akidah dan Pemikiran Islam


                                      Ziarah Mahabbah ke rumah Cik Aisyah di Sabak Bernam

                                   
       Ziarah Mahabbah ke Rumah Sdr Annas di Teluk Intan




                              Bergambar kenangan di hadapan Menara Condong..tak naek pongg..:D

                                       Semangat..terima kasih kat muslimin JAPI ni..terbaek..:D

                                                                 
                                                                    Bergambau lagi...:P

                                           Ziarah Mahabbah ke Temerloh rumah Cik Najihah..:D

                                         First time memancing..memancing kt kolam je pong..:D

                                             Dekat Pusat Perlindungan Gajah kot..lupe nama...


                                                                ni plk dekat Deerland

                                                        ini di Usim sempena SIGMA 11

                   Ini pula tgh jaga booth sempena MITA 2011..x sia-sia berpenat lelah..akhirnya dapat  emas..bergandingan dengan ASIS(sains gunaan dan pengajian Islam)

 antara pelajar yang pergi ke Usim untuk SIGMA 2011(dak2 akidah n pemikiran Islam..Sejarah n tamadun Islam, Al-quran ngn Hadith pon sekali)..eh2..ni bukan antara..tp semua mereka yang pergi..:P
Ini pula pelajar-pelajar tahun akhir JAPI merangkap peneraju Lajnah Akidah dan Pemikiran Islam sesi 2011/2012.

gambar-gambar  ini merupakan antara aktiviti kami semester  ini..antaranya..Barakah wa Mahabbah 11, Sehari Bersama Lajnah 11, Dialog antara Agama 11(subjek Kajian Agama), Minggu Terbuka Akademik 11, Seminar Akidah dan Agama 11( Usim), seta lawatan2 mahabbah ke rumah-rumah mereka yang baik hati~~..pahang..kedah..perak..dan selangor..inshaAllah..semester depan kita akan ke Pantai timur pule..okeyy...:D