Isnin, 12 November 2012

Hidayah Bukan Milik Kita

Segala puji bagi Allah yang maha Pemberi...Alhamdulillah atas nikmat Islam dan Iman kita masih lagi dapat meneruskan kehidupan di dunia ini.Masihkah ada secebis selitan rasa kesyukuran di hati kecil kita? Kesyukuran kerana kita sentiasa berpeluang menempatkan diri kita dalam umat yang berpeluang merasai indahnya berada dalam hidayah Allah.Saya banyak membaca respon dari teman-teman fb berkenaan dengan ucapan seorang artis lelaki semasa berlangsungnya Anugerah Skrin di TV3. Walaupun tidak menyaksikan rancangan tersebut, tapi saya cuba mencari dan menilai apakah ucapan yang diluahkan oleh artis tersebut. Benar..ia hanya melafazkan Lafz al-Jalalah dan kalimah Tauhid. Memang..ia sudah biasa dituturkan oleh umat Islam saban waktu. Dan memang..tidak ada yang pelik pada ucapan itu..Namun, saya lebih suka memandangnya sebagai suatu yang positif. Apabila saya melihat dia mengucapkan kalimah agung itu, saya nampak suatu keikhlasan dalam ucapannya seolah dia telah mengalami suatu pengalaman yang membawa dia kepada terucapnya kalimah tersebut.Bukan senang untuk kita berada dalam rahmat hidayahNya, sedangkan kita yang boleh dikatakan baik ini juga pernah tergelincir dari landasan hidayahNya apatah lagi golongan artis yang terang lagi bersuluh melakukan aktiviti yang berunsur maksiat..lebih-lebih lagi jauhnya dari hidayah Allah. Namun Allah itu maha Pemberi.. Dia tidak memilih sesiapa untuk diberikan hidayah itu..Sedangkan seorang Kristian mampu menerima hidayah dariNya apatah lagi seorang yang beragama Islam yang melakukan dosa dalam kehidupannya. Allah itu tahu apa yang ada dalam hati hamba-hamba yang dijadikanNya.Berprasangka baiklah kita terhadap sesama muslim..sesama saudara kita..Janganlah kita asyik mempersoalkan tentang kurniaan Allah kepada mereka bimbang kiranya kita lupa berdoa kepadaNya supaya dikekalkan kita dalam hidayah dan rahmatNya.Nikmat Allah itu tak berkekalan. Dia boleh memberi pada bila-bila masa dan dia juga boleh menarik pada bila-bila masa.
Jangan sombong dengan secebis hidayah yang ada pada kita!!
::imtiyaz al-hannan::



Tiada ulasan:

Catat Ulasan