Khamis, 20 November 2014

Catatan Hati

Sejuk yang dingin
Di tepi jendela aku mengimbau lagi
Selama aku bertamu di sana
Saban hari kata yang diucap
Akhirnya dijelmakan
Salam menyapa
Tangan bertaut
Mata tersenyum
Aku jadi saksi melihat bahagia mereka
Sedang Dia maha tahu aku derita

Tuhan..
Tidak pernah kulupa
Detik yang Kau takdirkan itu
Di laluan menuju RumahMu

Namun aku ragu
Hidayah dariMu
Atau ujian buat aku?

211114
0808am

Rabu, 5 November 2014

Rindu Bertamu: 40 hari di Haramain


Seminggu sudah berlalu. segala kenangan semasa berada di sana..
Kalau gembira..sudah tentu gembira
Kalau sedih..sedih itu mengharukan
Terima kasih Allah atas segala nikmat yang Kau beri
Terima kasih Allah kerana beri kesempatan kepadaku untuk berbakti pada ibu bapaku semasa di sana walaupun tidak seperti jasa mereka padaku
Terima kasih Allah atas nikmat dan peluang bersolat di Masjidil HaramMu
dan juga di Masjid NabiMu
Terima kasih Allah atas nikmat panas yang kau kurniakan padaku semasa di Padang Arafah untuk aku merasai betapa besarnya kuasaMu seolah aku  berada di Padang MahsyarMu
Terima kasih Allah atas zat kekuatan yang kau pinjamkan padaku untuk aku berulang alik menyempurnakan lontaran Jamrat buat ibu dan bapaku
Terima kasih atas kurniaan sahabat-sahabat, Kakak-Kakak, Abang-Abang, Pak Cik-Pak Cik, Mak cik-Mak Cik yang baik budi, elok pekerti, murah hati..
Terima kasih juga untuk Lembaga Tabung Haji Malaysia
Ya Allah..Izinkan aku bertamu lagi di Tanah SuciMu
#Jemaah Haji Malaysia KT43..:)






Sabtu, 19 Januari 2013

2012 yang sangat awesome..:)




2012 yang beberapa hari baru sahaja melabuhkan tirainya. tahun yang sangat mencabar buat diri ini. Antara keutamaan sebagai seorang pelajar dan kegiatan kokurikulum yang menuntut sepenuh disiplin diri dan masa. Kadang-kadang aku akui terpaksa mencuri sedikit masa di Fakulti untuk PALAPES kerana sebab-sebab yang tertentu dan semua kadet lain juga begitu. Aku sangat percaya. Namun, ia dapat dicover dengan sebaiknya. Alhamdulillah. Walaupun begitu, aku rasa sangat berpuas hati setelah berhempas pulas antara kedua-duanya selama tiga tahun akhirnya kedua-duanya berjaya berada di dalam genggaman. Sejurus selepas berakhirnya peperiksaan akhir bagi seorang pelajar ijazah sarjana muda, beberapa hari kemudian, bermulalah perjalanan pentauliahan seorang pegawai kadet PALAPES kepada seorang pegawai muda. Tiga minggu menjalani latihan di Universiti Malaya dan juga di Universiti Utara Malaysia (tempat ditauliahkan) siang dan malam yang menuntut pengorbanan segalanya. Siang berkawad, malam berada di dewan Muadzam Syah untuk upacara raptai pentauliahan (tempat yang famous dengan peristiwa si Sharifah dengan si Bawani Listen! Listen! Listen! haha). Kilat kasut sampai mata terpejam, berlari naik turun tangga, bangun pukul pagi beratur ambil senjata, kawad tengah hujan, muntah di padang kawad UUM (sangat tidak boleh lupa) dan macam-macam lagi..segala yang berlaku adalah detik yang sangat indah. Dan lebih indah lagi kehadiran abah dan abang tersayang menyaksikan aku ditauliahkan sebagai pegawai muda..abah cerita pada ma bahawa air matanya menitis saat aku berjalan keluar baris (terharu rasanya) terharu sebab abah baru saja tahu aku masuk PALAPES. Sebelum itu, hanya ma dan adik beradik sahaja yang tahu. Tak berani beritahu abah takut abah marah. Sampailah suatu hari abah kata dia nak pergi Kedah nak tengok upacara Tauliah (hanya mampu senyum tak kata apa). Cuma agak terkilan sebab tak banyak masa diluangkan untuk abah dan abang kerana kesuntukan masa dengan persiapan maklumlah PALAPES kan…mana ada masa untuk main-main, kena pandai curi masa..:)









Walaubagaimanapun Alhamdulillah segala pujian buat Tuhan sekalian alam kerana aku telah berjaya menyempurnakan tugas sebagai kadet PALAPES selama tiga tahun. Terima kasih yang tak terhingga buat semua skuad SEMERAH SEHITAM intake 31 dan pegawai-pegawai latih serta jurulatih-jurulatih yang terlibat dalam membimbing diri ini.










Beberapa bulan sejurus selepas berjaya mendapat Tauliah sebagai Leftenan Muda, tibalah masanya untuk abah dan ma sekali lagi merasa kebanggaan mereka melihat anak perempuan mereka menerima skrol Ijazah Sarjana Muda. Sebelum ini, abang long pernah menerima ijazah nya, tapi abah dan ma tak dapat menyaksikan kerana terlalu jauh di Pakistan..dan Alhamdulillah kerana aku dapat menggantikan kegembiraan tersebut apabila berjaya menghabiskan pengajian di UM. Kali ini, ma, kakak dan abang long pulak yang pergi. Alhamdulillah. terharu rasanya atas kedatangan mereka untuk meraikan.








Sekarang baru sahaja selesai menduduki peperiksaan semester pertama untuk Ijazah Sarjana Akidah dan Pemikiran Islam. Dan berusaha sedaya upaya untuk mendapatkan skrol kuning(MA) dalam tempoh masa yang ditetapkan. Inshaa Allah dengan izinNya. Dan aku sangat berharap kedua-dua mereka (abah dan ma) dapat menyaksikannya suatu hari nanti..
Allah bahagiakanlah mereka sehingga ke akhir hayat mereka di dunia ini.

Sabtu, 22 Disember 2012

"Susahnya Perjuangan Ini"


Bismillah
Saat ini..aku berada di penghujung semester pertama bagi pengajian Sarjana. Pernah dulu hati ini berbolak-balik untuk meneruskan pengajian ini. Nak teruskan ke?..atau nak batalkan niat suci ini?..inilah dilemma beberapa hari sebelum berangkat ke Kuala Lumpur. Namun segalanya berubah..setelah hari keberangkatan ke KL, saat menyalami tangan abah..kata abah, ‘belajar rajin-rajin2..sungguh2..abah nak g KL nti Grad master’..tatkala abah menghabiskan kata-katanya, aku tahu bahawa langkah niatku untuk meneruskan pengajian ini direstui oleh mereka. Betapa pentingnya restu mereka buatku..terima kasih abah..terima kasih juga ma..atas segalanya dari seawal ku dlahirkan..sehingga sekarang..
Susahnya perjuangan ini..perjuangan mencari ilmu..bukan sekadar mencari ilmu, menyampaikan ilmu..tetapi ada yang lebih besar menanti..tugas memelihara ilmu Islam..dan juga mengembalikan ilmu Islam ke tempat yang selayaknya..Sungguh beruntung kerana dipertemukan dengan tenaga pengajar yang sangat mencintai ilmu pengetahuan dan sangat memelihara nilai ilmu yang ada pada mereka. Aku bangga kerana pernah menjadi murid kepada mereka..Dr Azmil, Dr Wan Suhaimi, Dr Che Zarrina, Dr Khadijah, Dr Faizuri, Dr Mahmud, Dr Fauzi dan lain-lain.
Terima kasih buat…:
Dr Azmil atas ilmu falsafah dan tasawuf nya, setiap butir bicaranya saya hayati kerana tersangat rugi bagi siapa-siapa yang ketiduran semasa pengajarannya..
Dr Wan Suhaimi kerana memperkenalkan kitab-kitab akidah dan falsafahnya, idea dan pemikirannya saya kagumi
Dr Che Zarrina juga dengan kitab tasawufnya, x pernah lekang dengan lembutnya senyumnya..
Dr Khadijah atas ilmu perbandingan agamanya, terima kasih Ummi..kerana subjek karya akidah saya sudah menghabiskan sebuah kitab perbandingan agama dalambahasa arab walaupun saya tak mahir dlm ilmu ini..
Dr Faizuri kerana pernah menjadi penyeliaku semasa sarjana muda..terimakasih kerana memperkenalkan kitab2 turath kepadaku.
Dr Fauzi..walaupun tak pernah belajar dengan ustaz..namun terima kasih atas bebelan nasihat ustaz yang sangat bermakna…


Melalui pegalaman yang dilalui oleh para Ustaz dan Ustazah..saya akui..betapa susahnya perjuangan ini..Allah redhailah langkah dalam perjuangan ini..Allah Akbar!!

imtiyaz al hannan

Ahad, 18 November 2012

Ihzimhum Ihzimhum

Khabar sedih itu kembali menggamit perasaan ini.
Betapa hebat kita mencanang
Betapa hebat kita meradang 
Mereka sengaja memekakkan telinga
Mereka sengaja membutakan mata
Betapa jahatnya mereka
Betapa tidak berperikemanusiaannya mereka
Betapa sombong
Betapa bongkaknya mereka
Kononnya merekalah bangsa pilihan Tuhan
Kononnya merekalah 'The Chosen People of God'
Bangga tak bertempat dengan gelaran rekaan sendiri
Khabarnya merekalah kuasa paling besar
Tak ingat pada Tuhan agaknya
Apa gunanya sombong
Apa gunanya bongkak
Semua itu tak menyenangkan kamu di hari pembalasan
Saat ini tiada sesiapa yang mampu mengalahkan kuasamu
Namun, suatu masa apabila datangnya kuasa segala kuasa
Jangan sesalkan
Jangan menyalahkan Tuhanmu
Atas apa yang Dia timpakan
Kerana kau sangka kaulah tuhan dunia
Dunia ini kau yang punya
Dunia ini kau yang uruskannya
Kau yang tadbirkannya
Kononnya!!
Konon bangsa pilihan
Tapi hatinya penuh karat kehitaman!!
**********************************

Betapa khusyuk kita berdoa

Betapa ikhlas munajat kita
Tidak dapat menandingi kuatnya mereka di sana
Hanya ikhlas sebuah doa
Hanya tulus setnagkai munajat
Dapat kami kirimkan buat pejuang agama di sana

Betapa ramaipun yang meninggalkan alam dunia

Yang masih punya nyawa
Teruskan berjuang dan berdoa
Yakinku kau sudah tersenyum tenang melihat syurga
Berbahagialah para syuhada'
Syuhada' Palestin
Di bumi Ghaza

Allah tunjukkan kekuasaanMu atas kekejaman zionis laknatullah!!

Ihzimhum Ihzimhum
Aku yakin dengan kuasaMu Allah
Yakin
Sabarlah Ghaza!!

Al-Fatihah buat mereka yang telah pergi ke pangkuan Ilahi.
::imtiyaz al-hannan::






Isnin, 12 November 2012

Hidayah Bukan Milik Kita

Segala puji bagi Allah yang maha Pemberi...Alhamdulillah atas nikmat Islam dan Iman kita masih lagi dapat meneruskan kehidupan di dunia ini.Masihkah ada secebis selitan rasa kesyukuran di hati kecil kita? Kesyukuran kerana kita sentiasa berpeluang menempatkan diri kita dalam umat yang berpeluang merasai indahnya berada dalam hidayah Allah.Saya banyak membaca respon dari teman-teman fb berkenaan dengan ucapan seorang artis lelaki semasa berlangsungnya Anugerah Skrin di TV3. Walaupun tidak menyaksikan rancangan tersebut, tapi saya cuba mencari dan menilai apakah ucapan yang diluahkan oleh artis tersebut. Benar..ia hanya melafazkan Lafz al-Jalalah dan kalimah Tauhid. Memang..ia sudah biasa dituturkan oleh umat Islam saban waktu. Dan memang..tidak ada yang pelik pada ucapan itu..Namun, saya lebih suka memandangnya sebagai suatu yang positif. Apabila saya melihat dia mengucapkan kalimah agung itu, saya nampak suatu keikhlasan dalam ucapannya seolah dia telah mengalami suatu pengalaman yang membawa dia kepada terucapnya kalimah tersebut.Bukan senang untuk kita berada dalam rahmat hidayahNya, sedangkan kita yang boleh dikatakan baik ini juga pernah tergelincir dari landasan hidayahNya apatah lagi golongan artis yang terang lagi bersuluh melakukan aktiviti yang berunsur maksiat..lebih-lebih lagi jauhnya dari hidayah Allah. Namun Allah itu maha Pemberi.. Dia tidak memilih sesiapa untuk diberikan hidayah itu..Sedangkan seorang Kristian mampu menerima hidayah dariNya apatah lagi seorang yang beragama Islam yang melakukan dosa dalam kehidupannya. Allah itu tahu apa yang ada dalam hati hamba-hamba yang dijadikanNya.Berprasangka baiklah kita terhadap sesama muslim..sesama saudara kita..Janganlah kita asyik mempersoalkan tentang kurniaan Allah kepada mereka bimbang kiranya kita lupa berdoa kepadaNya supaya dikekalkan kita dalam hidayah dan rahmatNya.Nikmat Allah itu tak berkekalan. Dia boleh memberi pada bila-bila masa dan dia juga boleh menarik pada bila-bila masa.
Jangan sombong dengan secebis hidayah yang ada pada kita!!
::imtiyaz al-hannan::



Selasa, 10 Januari 2012

Jikalau Berkasih


Indahnya hidup ini andai kita saling pesan berpesan...
andai aku diuji keimanan..
pesanilah aku agar imanku pulih kembali
begitu jua kamu..
aku juga akan berperanan sebegitu..
InshaAllah..:D



Jikalau merindu pada purnama
Kenalah tunggu pada waktunya
Tapi andainya kau rindu padaku
Ketuklah pintu hatiku sedang menunggu

Jikalau merayu pada sang bunga
Jangan terus menghidu harum baunya
Manalah tahu ada racun berbisa
Nanti kau susah pula mencari ubatnya

Cinta memanglah indah
Asalkan kau berjaya



Jangan asyik melihat awan yang tinggi
Duri di bawah tidak kau peduli
Jangan terlalu memuji si buah hati
Kalau ia lari kau yang malu sendiri

Jikalau menyemai benih biar berbaja
Bila masa menuai pasti kau gembira
Jikalau engkau mencari kekasih
Oh carilah yang berhati mulia



By Ramli Sarip