Ahad, 8 Januari 2012

Lawatan ke Rumah-Rumah Ibadat Di Melaka ::Subjek falsafah Beragama::

Alhamdulillah..pada 3 januari 2012 yang lepas saya berpeluang mengikuti lawatan ke Melaka sempena dengan program lawatan ke rumah-rumah ibadat. Lawatan berjalan dengan lancar sekali..Antara rumah ibadat yang kami lawati adalah Yayasan Taiwan Buddhist Tzu Chi Malaysia,merupakan sebuah yayasan yang begitu mengagumkan dari segi pengurusan dan pentadbiran organisasinya. Saya amat mengagumi cara mereka menguruskan kebajikan masyarakat di seluruh dunia yang ditimpa bencana misalnya. Sukarelawan yang menjayakan Tzu Chi pula terdiri daripada pelbagai latar belakang tidak kira dari segi pendidikan, usia, pekerjaan dan sebagainya. Seterusnya kami bergerak pula ke salah sebuah gereja yang terdapat di Melaka, iaitu St Peter Church, iaitu salah sebuah gereja yang bermazhab triniti.Dan itu merupakan pertama kali saya menjejakkan kaki ke gereja yang selama ini hanya didedahkan dalam pengajaran dan media massa sahaja dan pada hari itu saya berpeluang menyaksikan sendiri apa yang terdapat dalam sesebuah gereja itu sendiri. antara yang menarik pandangan mata saya adalah bilik pengampunan iaitu sebuah bilik yang digunakan untuk seorang pesalah memohon ampun dari paderi mereka..selain itu terdapat replika sebuah perahu yg agak sederhana besar mungkin yang saya kira menjadi perhiasan dan tarikan utama pandangan hadapan gereja tersebut..di smaping perahu tersebut ada juga dibina kolam cetek berair. semua itu berhubung dan dikaitkan dengan nabi isa yang dahulunya pernah menjadi seorang nelayan...w/pun begitu..lawatan ke sini agak mengecewakan juga disebabkan tiadanya wakil dari pihak gereja yang memberikan penerangan tentang gereja tersebut..namun Alhamdulillah kerana lawatan kami ke sana turut disertai oleh Prof Mada Dr Khadijah Hambali dari Jabatan saya sendiri yang bertanggungjawab menjadi pengajar untuk sbjek falsafah beragama ini.dan beliau lah yang menerangkan kepada kami sedikit sebnyak tentang perkara yang menimbulkan keraguan pelajar-pelajar berkenaan dengan gereja dan amalan-amalan penganut Kristian. Rumah ibadat terakhir yang kami tuju ialah Gurdwara Sahib iaitu sebuah rumah ibadat bg mereka yang berketurunan Sikh. Di situ kami berpeluang melihat kitab suci mereka..dan mendengar mereka membaca beberapa potong ayat yang tidak kami fahami..penuh dengan istiadat dan budaya yang telah diwarisi sejak sekian lama..Berpeluang juga untuk singgah solat di Masjid Selat Melaka...indah sekali pemandangannya..yang dibina di perairan pantai..sungguh menasyikkan sekali~~.. Setelah seharian menimba ilmu..seterusnya kami berpeluang untuk ke Dataran Pahlawan untuk 'berjimba-jimba' bersama-sama..sungguh seronok..tp x sempat ke A famosa..x pe..len kali saja..yg penting dapat menunaikan impian untuk melawat ke rumah ibadat bg agama2 yang terdapat di negara ini...Alhamdulilah..terima kasih semua..:D
http://www.youtube.com/watch?v=iRK8fnJE9VU&feature

Tiada ulasan:

Catat Ulasan